Sunday 30 August 2015

BERSIH 4.0: PEMENANGNYA ADALAH PAS

Selesailah sudah Himpunan Bersih 4.0 di ambang malam kemerdekaan. Namun, kini terbukti. Tanpa PAS, Bersih, DAP dan PKR tidak berjaya meraih sokongan Melayu. Inilah kesan kesombongan Guan Eng "tendang" keluar PAS dari Pakatan Rakyat. GHB juga terbukti silap langkah dan bukanlah rakan politik DAP yang boleh membantu DAP meraih sokongan dan undi Melayu dalam PRU14.

Jika PAS bijak, Inilah masanya untuk mereka mengorak langkah menjadi parti politik paling popular di kalangan pengundi Melayu untuk menggantikan tempat UMNO dalam PRU 14.

Monday 24 August 2015

IMPLIKASI MENGAWALKAN MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN MT UMNO

Hari ini 24hb Ogos 2015, sudah kedengaran Suara Suara UMNO Bahagian yang mahukan Zahid Hamidi, selaku TPM dilantik juga sebagai Timbalan Presiden UMNO. Tidak hairan jika Suara Bahagian UMNO semakin lantang mendesak Pemilihan MT UMNO yang baru disegerakan pada Tahun 2016 tanpa menunggu hingga Tahun 2018. Pada pengamatan saya, pemilihan barisan Pimpinan MT baru dan Pemimpin UMNO Bahagian hanya akan menyaksikan UMNO pecah dan bertambah parah apabila berdepan dengan kempen PRU yang ke 14. Perpecahan ini boleh mengakibatkan "Barisan Kecewa" berubah kiblat dan menyertai Barisan Pembangkang untuk melawan BN. Apakah ketika itu BN dan UMNO masih boleh bertahan dan terus memenangi PRU14? Sama-samalah kita tunggu dan saksikan.

Saturday 22 August 2015

Kembali berblog dengan kemusykilan

Hari ini Ahad 22 Ogos 2015. Tarikh saya kembali berblog dengan satu kemusykilan. YAB Timbalan Perdana Menteri menyatakan, derma RM2.6 billion adalah untuk menghargai sumbangan Malaysia melawan ISIS. Namun, Talkback dalam Sarawak Report pula menyatakan,pada tarikh Derma diterima, ISIS belum ditubuhkan. Beliau memetik sumber wikipedia. Mungkin sumber wikipedia salah atau mungkin alasan sebenar derma belum boleh diberitahu kepada dunia.